kembali semula .


assalamualaikum , hai pakcik makcik yang jenguk jenguk blogspot saya ini . hari hari mengupdate pasti yang membacanya akan bosan hingga nak gantung diri kan kan ? sila lakukan -_-

hari ini adalah hari kegembiraan untuk diri saya bahawa saya tidak kerja dan untuk maklumat tinggal tiga hari lagi saya nak menamatkan perkerjaan sebagai macdonalds crew. hah ape ? taknak amik tahu ? nak cerita jugak !
hati saya amat terganggu atas kerana keadaan internet yang amat menyirapkan hati saya rasa macam nak gigit gigit je line tuhh kalau nampak. dan ada berita gembira yang ingin saya nak bangga bangga kan yang saya dah lulus kedua dua pratical jpj kereta dan motor . dan yang paling amat gembira lesen P kereta saya dah keluar tapi hanya dapat yang photostate je *mukanangish*. abah saya seolah seolah kena serangan jantung akibat tidak percaya yang saya dah lulus , ape pikir anak abah bebal sgt ke hah ! *mukabelagak* tetapi tiada siapa tahu keadaan saya ketika melakukan ujian tersebut baju saya dah basah akibat peluh#eyukkkss. muka merah akibat ketakutan dan seluruh bandan mengigil akibat cuak nak gila . tiada siapa yang memahami keadaan saya ketika itu. saya buat muka comel dan confident terlebih . ia hmmm agak cool so cube try okay. 


hmmm, surat politeknik merlimau melaka sudah sampai dirumah . saya dapat kamsis ! ya,allah terima kasih atas rezeki yang kau berikan kepada ku . solat lima waktu adalah penting untuk kita . dan jangan kita membenci orang dan memiliki hasrat dengki kepada seseorang ye kawan kawan nanti malaikat tak dekat #silaterasa 
dan amat memboringkan bila saya terpaksa mengisi semua borang tersebut . mana abang aku ? nak dia buat semuanyaaaa... hmm, tapi tapi rase macam artis sebbab banyak gila nak tanda tangan . macam macam rupa signature aku . itu sahaja cerita kali ini .
JAP


nihh nama nya dah takda kerja . saje menyemak dalam bilik abang aku :P

BYEBYE

BELLACHEERS


No comments:

Post a Comment